Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia: Khayalan Atau Realiti? #

0% of 100
RM 47.50 RM50.00 -5%
Kod Produk: #9789672007180
Status: In Stock
Berat: 0.386kg 299 Mukasurat
Stok: 20 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

Penulis: Mohamed Azam Mohamed Adil


Penerbit: ILHAM Books & IAIS Malaysia


ISBN: 9789672007180


Muka Surat: 298


Berat : 0.386


====================================================================


Buku ini membahaskan isu, masalah, cabaran dan realiti pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Perlaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh tetapi mengikut kerangka Perlembagaan bukanlah satu khayalan. Ia memerlu perancangan rapi dengan merujuk kepada kehendak Maqasid Al-Shari’ah, fiqh keutamaan serta tuntutan Siyasah Syari’yyah, jauh sekali laungan retorik. Undang-undang Islam yang pernah menjadi undang-undang utama negara suatu masa dahulu perlu kepada pembaharuan supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman. Transformasi undang-undang Islam serta peningkatan taraf Mahkamah Syariah supaya ia setaraf dengan undang-undang sivil dan Mahkamah Sivil hendaklah menjadi agenda penting bagi melihat undang-undang Islam yang menyeluruh dapat direalisasikan. Sama dengan Mahkamah Sivil, kewujudan Mahkamah Syariah adalah untuk memberi keadilan kepada pihak yang terlibat. Meskipun begitu, konflik dan pertembungan antara kedua-dua undang-undang sivil dan Syarak dapat dielakkan dengan mengharmonisasikan kedua-dua undang-undang tersebut. Realitinya, undang-undang Islam boleh dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia dengan syarat semua orang Islam mesti mendokong usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Perancangan yang teliti dan rapi dengan mengambilkira kedudukan masyarakat, kerangka Perlembagaan dan hukum Syarak dalam usaha menggubal undang-undang Islam di Malaysia.

Komen