​Memoir Datuk Bandar: Bekerja dengan Tiga Kerajaan #

0% of 100
RM 33.25 RM35.00 -5%
Kod Produk: #9789671505618
Status: In Stock
Berat: 0.217kg 187 Mukasurat
Stok: 2 unit
× STOK RENDAH! WhatsApp untuk bertanyakan stok jika perlu.
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

Buku yang anda tatap ini - “Memoir Datuk Bandar: Bekerja Dengan Tiga Kerajaan” - merupakan sebuah catatan kerjaya seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang bagus dan boleh dijadikan rujukan penjawat awam dan bakal penjawat awam masa hadapan. Buku ini bukan sahaja mencatatkan pengalaman peribadi Dato’ Roslan Sakiman dalam menabur khidmat di ketiga-tiga Kerajaan - Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan - tetapi juga turut mencatat sedikit sebanyak sejarah serta perkembangan perkhidmatan dan agensi yang pernah penulis berkhidmat. Menerusi buku ini juga, para pembaca dapat memahami peranan seorang PTD dan mengetahui selok belok cabaran yang dihadapi semasa berkhidmat. Majoriti mengetahui bahawa selain menteri, penjawat awam dari skim PTD juga mempunyai pengaruh yang tidak kurang besarnya dalam menentukan kemajuan negara. Di samping itu, Roslan juga telah banyak membuat perubahan dasar yang memberi impak yang tinggi semasa menjadi Datuk Bandar MBPJ dan dasar-dasar tersebut telah dijadikan rujukan oleh PBT lain di Selangor dan seluruh Malaysia. Susulan pelbagai dasar baharu yang diperkenalkan berserta pelaksanaan perancangan yang lebih teratur semasa di bawah pentadbiran beliau, hasil papan iklan MBPJ pada tahun 2013 telah berjaya ditingkatkan daripada RM 700 ribu kepada RM 12 juta setahun. Selain menekankan pembaharuan dan pendekatan Majlis untuk merancakkan ekonomi, Roslan juga telah memperkenalkan program untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di Petaling Jaya seperti Food Bank dan Hardcore Poor Relief


Derek Fernandez (Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya)

Komen