Novel My Latino Guy - AIMIEY RAI

0% of 100
RM 24.70 RM26.00 -5%
Kod Produk: #9789838222419
Status: In Stock
Berat: 0.375kg 469 Mukasurat
Stok: 1 unit
× STOK RENDAH! WhatsApp untuk bertanyakan stok jika perlu.
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Novel My Latino Guy - AIMIEY RAI (FAJAR PAKEER)

ISBN: 9789838222419
Penerbit: Fajar Pakeer
Penulis: Aimiey Rai
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 469
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.375kg
Dimensi (cm): 18cm x 11cm x 2cm
 
SINOPSIS



Sembuh daripada luka itu perlukan waktu. Namun, kesembuhan bukan bermakna luka tidak meninggalkan parut walaupun menemukan penawar yang tepat.


 


Kepercayaan Nina terhadap cinta sejati hilang selepas satu tragedi hitam yang mengorbankan kekasihnya, Zayn. Sukar baginya menerima huluran cinta kerana hatinya sebati untuk Zayn.


 


Tatkala, di lapangan terbang Birmingham, UK merubah segalanya. Pertemuan pandang pertama dengan seorang jejaka berwajah Latino mengembalikan semula rasa cinta Nina yang telah lama terkubur. Tanpa diduga, Nina sekali lagi bertembung dengan lelaki itu di Aberystwyth. Jejaka itu menyantuni Nina seperti seorang kekasih selama beberapa hari mereka berada di pekan kecil tersebut.


 


“Sejuk sangat ke Nina? Come, let me hug you.” - Erhan Louie Gracia


 


Kebahagiaan Nina ingin nikmati lenyap tatkala munculnya Khayra, kekasih Erhan. Tanpa mahu mendengar penjelasan lelaki itu, Nina nekad untuk pergi. Tetapi siapa sangka, suratan telah menemukan mereka kembali di Kuala Lumpur.


 


“Tolonglah pergi dari hidup I, Erhan. I tak mahu digelar sebagai perampas!” – Imaanina


 


Makin Nina menjauh takdir seringkali mencari jalan untuk mendekatkannya semula dengan lelaki itu. Akhirnya Nina mengalah dan mula mencintai lelaki itu, tetapi mimpi buruk Nina tiga tahun lalu datang menduga kesetiaannya. Nina berada di persimpangan dilema.


 


“Bohong! Kalau you benar-benar cintakan I, you takkan sanggup lakukan ini semua!” – Imaanina


 


Mampukah Nina menghadapi dugaan terbesar di dalam hidupnya setelah pelbagai ujian diharungi untuk mengecap kebahagiaan yang sekian lama diimpikan?


 


Sanggupkah Erhan membuang Nina daripada hidupnya akibat fitnah dan salah sangka?


 


Dapatkah kenangan silam mengatasi kuasa dua jiwa yang membara kasihnya?


 


Sesungguhnya memori masa lalu lebih melukakan daripada ucapan selamat tinggal.


 


“I can wait forever to spend my life alone with you but….”





Komen