Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?

100% of 100
RM 27.00 RM30.00 -10%
Kod Produk: #978-967-481-728-2
Status: In Stock
Berat: 0.480kg 360 Mukasurat
Stok: 475 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

Tajuk: Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?
ISBN: 978-967-481-728-2
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 360
Halaman: Hitam Putih 
Berat (kg): 0.48 kg
Dimensi (cm): 22.8 cm x 15.2 cm x 1.7 cm


 


SINOPSIS


 


Menunaikan solat ialah rukun Islam yang kedua. Menunaikannya adalah satu kewajipan bagi seorang muslim. Tetapi, apakah yang menyebabkan Allah mencela hamba-Nya yang menunaikan solat? Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?


Buku ini adalah himpunan penulisan harian penulis yang memberikan refleksi berpandukan kerangka pemikiran al-Quran. Penulisan ini bukanlah bermaksud untuk memberikan pentafsiran baharu bagi ayat al-Quran. Tetapi, konsep penulisan ini lebih cenderung kepada tadabbur, iaitu penghayatan dan aplikasi ayat mengenai isu kontemporari selain bertujuan mendidik masyarakat supaya menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan zaman moden ini.


Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.


 


Semoga Allah membimbing kita.


 


ISI KANDUNGAN


 


MUKADIMAH


BAHAGIAN AKHLAK


Adab Orang Beriman Dengan Allah


Pemudi dalam Al-Quran


Akidah dan Moral Saling Berkait


Bagaimana Puasa Kita?


Bahaya Bodoh


Bukan Menyalahkan Allah s.w.t.


Bukan Semua Nikmat Ditayangkan


Fake Profile: Tanda Hati yang Sakit


Hiburan Ketika Musibah Melanda?


Jangan Jemu Melakukan Kebaikan


Jangan Putus Asa Menentang Kezaliman


Jangan Sampai Buta Hati


Kenapa Membazir Saudara Syaitan?


Saling Memaafkan dan Berlapang Dada


Maksiat Berleluasa Undang Azab Allah s.w.t.


Memohon Keikhlasan Daripada Allah s.w.t.


Mengakui Kesilapan Satu Kemuliaan


Mengapa Allah s.w.t. Mencela Suara Keldai?


Mengapa Asingkan Tandas Lelaki dan Wanita?


Mengapa Nabi Isa Sentiasa Diberkati?


Jangan Meninggalkan Rasulullah Keseorangan


Menipu Allah dalam Doa Mereka


Menyesal di Penghujung Nyawa


Rezeki yang Tidak Melalaikan


Sifat Khianat Yahudi dalam Al-Quran


Sifat Malas Mendirikan Solat


Sikap Sahabat Ketika Berlaku Fitnah


Hati Manusia Boleh Menjadi Sangat Keras


Wanita Dikerat Enam dan Nilai Kemanusiaan


Akhlak Nabi Menghadapi Cercaan


“Allah Kena Bertanding Pilihanraya”?


 


BAHAGIAN AKIDAH


Cahaya Furqan dalam Jiwa


Di Mana Kedudukan Kita di Sisi Allah?


Jangan Ugut Diri untuk Murtad


Larangan Membaca Doa di Sekolah


Mengapa Liberal Memohon Azab Allah?


Menjenguk Kawan di Neraka


Muslim Tidak Menyembah Kaabah


Orang Gila dalam Al-Quran


Presiden Morsi Tidak Mati


Takut kepada Kafir Adalah Satu Kehinaan


Allah Menyusun Semula Cap Jari


 


BAHAGIAN AMALAN


Adakah Amalan Kita Diterima?


Amalkan Doa Memohon Petunjuk


Apa yang Akan Kita Tinggalkan?


Bantu Orang Sekeliling Kita


Berdoa Supaya Amalan Kita Diterima


Dapat Rahmat Dengan Mendengar Al-Quran


Kesan Sujud pada Wajah


Mengapa Amalan Menjadi Habuk?


Mereka yang Malas Berzikir


Petua Rezeki daripada Al-Quran


Tidak Berkurang Harta Orang Bersedekah


 


BAHAGIAN IBADAH


Allah Bersumpah Dengan Hari Arafah


Keikhlasan dalam Ibadah Qurban


Ibadah Sebelum Bertawakal


Kehidupan yang Sempit


Kekeliruan Liberal Tentang Aurat


Kembali kepada Al-Quran


Kewajipan Menutup Aurat


Qurban untuk Dekat Dengan Allah


Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?


Mengapa Dikaitkan Solat Dengan Rezeki?


Mengapa Kaitkan Halal Dengan Kemunduran?


Pengabdian kepada Allah


Rezeki yang Dipermudahkan


Solat yang Tidak Khusyuk


Wujudkah Qiyam di Siang Hari?



BAHAGIAN ILMU


Beribadah Perlukan Bantuan Allah

Berjalan, Berlumba dan Berlari dalam Al-Quran

Mengapa Allah s.w.t. Samakan Dunia Dengan Air?

Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar?
Nota Tafsir: Surah Quraisy
Perut Lebah dalam Al-Quran
Struktur ‘Ring Composition’ dalam Al-Quran
Surah Al-Asr: Antara Masa dan Jus Buah
Dakwah Lembut atau Dakwah Keras?


 


BAHAGIAN PEMIMPIN NEGARA


Benarkah Pengharaman Hiburan Menggalakan Jenayah?
Mengapa Kita Mengundi?
Palestin Bertakbir Kemenangan: Genjatan Senjata Dimeterai
Pemimpin Kafir yang Adil Lebih Baik?
Pusat Kuarantin Bukan Lubang Tahi
Syaitan Bimbang Kesatuan Ummah
Dosa Peribadi Adalah Ajaran Liberal
Haman, Kisah Penasihat yang Merosakkan
Kemerdekaan Berlandaskan Al-Quran


 


BAHAGIAN SIRAH


Tentang Adik-Beradik


Bacalah Kisah daripada Al-Quran


Keluarga Imran dalam Al-Quran


Kenapa Nama Zaid dalam Al-Quran?


Mengapa Abu Musa Menangis?


Mengapa Bani Israil Diperintahkan Menyembelih Lembu?


Mengapa Isteri Abu Lahab Digelar ‘Pembawa Kayu Api’?


Menggerunkan Hati Musuh


Nabi Ibrahim Ikon Pengorbanan


Nabi Yusuf a.s. Bukan Penjenayah


Menjaga Agama: Pengajaran daripada Tentera Bergajah


Perkataan Sejahtera dan Nabi Ibrahim


Surah Kahfi dan Fitnah Dunia


Al-Kahfi: Pemuda yang Menyelamatkan Akidah


 


Lembutkan Hati Dengan Al-Quran


Penutup


BIODATA


 


BIODATA


 


Biodata Penulis


 


PROF MADYA DR. AHMAD SANUSI AZMI merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, beliau mendapat pendidikan menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan kemudian melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan pengkhususan dalam bidang hadith dan tamat pengajian dengan keputusan cemerlang pada tahun 2004. Beliau seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana dalam pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2008 dengan penyelidikan berkaitan Takhrij Hadith. Setelah itu beliau meneroka penyelidikan dalam bidang Sirah pada peringkat PHD di University of Birmingham, United Kingdom dan selesai pengajian pada tahun 2017.


 


Pada tahun 2018, beliau telah ditawarkan peluang sebagai Academic Visitor ke Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford, United Kingdom sebagai platform menjalankan penyelidikan dalam bidang Sirah dan Orientalisme. Beliau turut aktif dalam aktiviti gerakan NGO ISMA disamping banyak memberikan pengisian buat masyarakat dalam media digital, TV, Radio, Portal TV, akhbar dan majalah. Rancangan MyHadithTime (TV al-Hijrah) adalah program sulung yang dikendalikan oleh beliau disamping menjadi penyampai utama Halaqah Hadith terbitan radio SalamFM.

Komen