Generasi Yang Dinanti#

0% of 100
RM 23.75 RM25.00 -5%
Kod Produk: #9789672455028
Status: In Stock
Berat: 0.000kg 154 Mukasurat
Stok: 14 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Generasi Yang Dinanti#

ISBN: 9789672455028
Penerbit: Hamare Publication
Penulis: Izzati Elya
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 154
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.223
Dimensi (cm): 21cm x 15cm x 1cm
 
SINOPSIS
 


Buku ini merupakan garapan kisah hidup dan refleksi diri watak bernama 'Nur' yang sering dihantui oleh 'dosa silamnya. Namun, jangan salah faham pula. Kerana naskhah ini bukanlah seperti novel cinta atau kajian ilmiah sarjana. Tetapi lebih kepada hasil cerapan dan penilaian penulis secara peribadi tentang kehidupan semata.

Tuntasnya, penulis mahu pemuda-pemuda yang berpotensi tinggi untuk menjadikan dunia ini sebagal dunia rahmah dan harmoni dikejutkan, kerana ramai yang masih tidur. Kita perlukan insan-insan yang rela berkorban masa, tenaga, harta dan diri untuk bangunkan mereka. Dunia tidak perlukan mereka yang banyak ilmu tetapi ia disimpan di dada tanpa diamalkan, sebaliknya dunia memerlukan mereka yang mempunyai ilmu lalu mereka bergerak melalui amalnya.

Imam Hasan Al-Banna menggariskan 4 ciri-ciri pemuda; iman, ikhlas, semangat dan amal. Andai salah satu daripada ciri tersebut tiada, maka pemuda tersebut perlu bangun dari tidurnya dan usaha untuk penuhkan kesemua ciri-ciri yang ada. Bangunlah wahai pemuda! Kita ada dunia untuk didamaikan. Kita ada akhirat untuk nikmat pembalasan. Semoga kita termasuk menjadi golongan 'Generasi Yang Dinantikan'.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan sebahagian kecil ilmu yang aku tahu bersendikan agama-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Moga peroleh redha-Mu, Nur Izzati Elya Binti Alfian.


Komen