The 10 Habits of Happy Mothers: Edisi Bahasa Melayu

100% of 100
RM 21.60 RM27.00 -20%
Kod Produk: #978-967-481-412-0
Status: In Stock
Berat: 0.455kg 340 Mukasurat
Stok: 13 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Dimensi : 23 cm x 15 cm x 2 cm
 
”Sekiranya kita sanggup bersusah payah menolak lapan kilogram tembikai melalui bukaan sebesar lapan inci, kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahukan. Apa sahaja.”
 
Kita akan belajar 10 tabiat baru yang membawa keseronokan, ketertiban, dan ketenangan dalam hidup kita semula.
 

 
 

Rahsia Ibu Gembira Dalam The 10 Habits of Happy Mothers

Setiap ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Keinginan untuk menjadi ibu yang hebat adalah matlamat yang mulia. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh insan yang bergelar ibu supaya anak-anak mereka berjaya pada masa hadapan.


Namun, terdapat segelintir ibu mula mengeluh dan menganggap diri mereka telah gagal apabila harapan sejak dulu untuk anak-anak mereka tidak tercapai. Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti daripada golongan ibu di negara kita berharap anak-anak mereka akan menjadi seorang doktor. Hakikatnya, apabila semua orang menjadi doktor, bagaimana pula dengan pelukis, pemandu bas, posmen dan yang lain?


Golongan ibu perlulah sedar dan ambil serius mengenai perihal ini bahawa setiap anak mempunyai kelebihan yang tersendiri. Memadai mereka menjadi insan yang memberi sumbangan kepada masyarakat ketika dewasa kelak dan tidak menjadi ‘sampah masyarakat’. Namun begitu, latihan dan pusat penyebaran ilmu untuk menjadi seorang ibu tidak wujud di universiti dan juga di institusi pendidikan yang lain.


Oleh itu, PTS baru sahaja menerbitkan sebuah buku terjemahan bertajuk The 10 Habits of Happy Mothers tulisan Meg Meeker, M.D. untuk membantu golongan ibu agar menjadi ibu yang cemerlang. Berikut antara sebab buku ini dapat dijadikan manual ibu hebat:


 



Pengarang seorang pakar kanak-kanak yang berpengalaman iaitu lebih 20 tahun dalam kariernya. Beliau juga seorang ibu hampir selama 30 tahun. Beliau juga telah mendengar pelbagai kisah daripada ibu-ibu. Oleh sebab itu, beliau sudah pakar dalam selok-belok keibuan yang boleh dijadikan panduan kepada orang lain.

 



Pengarang memberi kefahaman yang rapi dalam penilaian diri sebagai seorang ibu kepada pembaca. Pengolahan ayat yang ditulis dalam buku ini menjadi begitu dekat diri pembaca. Bukan itu sahaja, disebabkan pengarang menemubual dengan ramai ibu, pengarang telah menemui kaedah keibubapaan yang betul dalam pendidikan anak-anak.

 



Penulis begitu sangat yakin bahawa pembaca pasti berasa sangat bangga dan bersyukur selepas membaca buku ini. Di dalamnya, pembaca akan mengetahui dengan lebih jelas berkenaan kuasa yang ada pada seorang ibu dan ketahuilah bahawa kuasa ini tidak ada pada orang lain. Bagaimanakah kuasa seorang ibu sehingga mampu membuatkan anak-anak memerlukannya sebagai insan yang paling penting dalam hidup.

 



Seorang ibu juga ingin bersosial dengan rakan-rakannya seperti manusia lain. Rakan sekerja menjadi tempat mencurahkan perasaan berkenaan masalah dalam rumah tangga. Namun untuk menjadi ibu yang cemerlang, adakah seorang ibu hanya memberi fokus kepada tanggungjawab pada keluarga masing-masing sehingga abaikan rakan-rakannya di luar? Pembaca akan mendapatkan jawapannya di dalam buku ini kerana pengarang telah berkongsi tip pengurusan masa untuk sosial bersama rakan persatuan dan pengurusan masa terhadap keluarga.

 


Sesungguhnya menjadi seorang ibu adalah amanah. Penulis syorkan bahawa buku ini amat sesuai kepada ibu dan bakal ibu untuk membina rumahtangga yang harmoni. Jangan lupa dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran dengan anda!


Komen