Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Solat, Solat Musafir, Jenazah, Zakat & Puasa

100% of 100
RM 26.60 RM28.00 -5%
Kod Produk: #9789671846377
Status: Sold Out
Berat: 0.381kg
Stok: 0 unit

Sinopsis & Review

Tajuk: Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Solat, Solat Musafir, Jenazah, Zakat & Puasa (Jilid 2)
ISBN: 9789671846377
Penerbit: Ikon Syabab
Penulis:  Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 280
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.381
Dimensi (cm): 22.7cm X 15.2cm X 1.3cm


 


Tentang Penulis


Nama Ustaz Abu Usamah tidak asing lagi. Beliau sememangnya dikenali sebagai ilmuan ataupun ulama muda yang bergiat aktif menyampaikan ilmu kepada setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, beliau juga aktif dalam bidang penulisan di pelbagai medium media sosial dalam merungkai persoalan-persoalan yang diajukan oleh orang ramai. Siapakah insan di sebalik nama Ustaz Abu Usamah ini ? Mari kita kenal.


Nama penuh beliau ialah Mohd Hanapiah bin Hj. Hussin. Gelaran Ustaz Abu Usamah adalah bersempena dengan nama anak lelakinya iaitu Usamah. Beliau lahir pada tahun 1982 dan kini berusia 38 tahun. Beliau adalah Mudir di Pusat Pengajian Islam Bukit Kijang, Air Jernih, Kemasik, Kemaman, Terengganu.


Mendapat asuhan dan didikan agama sejak kecil daripada ayahandanya sendiri. Kemudian beliau meneruskan pengajian al-Quran di Tahfiz Madrasah al-Quran Kubang Bujuk, Terengganu selama setahun. Selepas itu, beliau ke Pondok Gelang Mas, Kelantan dan menuntut ilmu di sana selama lima tahun. Tidak habis di situ, beliau terus mendalami ilmu di Madrasah al-Nahdhoh al-Islamiyyah al-'Asyariyyah di Pattani, Thailand selama lima tahun. Bagi meneruskan tradisi para ulama, beliau telah mengembara dan menyambung pengajian di bumi Syria dan bertalaqqi selama tiga tahun. Di sana, beliau telah menimba ilmu daripada ramai ulama tertemuka negara Syam.


Kini Ustaz Abu Usamah berkhidmat sebagai Mudir dan tenaga pengajar utama di Markaz al-Dirasat al-Islamiyyah yang juga dikenali sebagai Pusat Pengajian Islam Bukit Kijang, Kemasik, Kemaman, Terengganu. Di samping menjadi tenaga pengajar di surau dan masjid sekitar Terengganu dan negeri-negeri lain dan menjadi guru SPAIT di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu. Beliau juga aktif sebagai pembimbing program daurah fiqh, akidah, hadis dan lain-lain di negeri Terengganu khususnya dan beberapa negeri lain.


 

Komen