Siri Cerita Hantu: Puaka Pondok Bas

100% of 100
RM 9.00 RM10.00 -10%
Kod Produk: #978-967-369-391-7
Status: Sold Out
Berat: 0.093kg 107 Mukasurat
Stok: 0 unit

Sinopsis & Review
Format: Paperback
Saiz: 4.5"x7.25"

ISBN-13: 978-967-369-391-7


Tarikh Terbit: 21 Jun 2018


Jumlah Muka Surat: 120


==========================


Sinopsis


“Dekat pondok bas ni pun ada orang mati kena langgar! Dua malam lepas ada orang racing kereta kat jalan ni. Ramai budak datang tengok. Lepas tu ada satu kereta terbabas dah langgar seorang budak. Seorang pun tak tahu!” Tiba-tiba Farul menyampuk. Serius sahaja mukanya. 


“Mana kau tahu ni?” tanya Saadon berkerut. 


“Dia ni yang cerita... masa mula-mula duduk sini tadi,” ucap Farul menunjuk pada seorang budak sebayanya yang berwajah murung duduk di sebelahnya. 


Spontan bulu roma mereka meremang tegak dan hampir serentak kesemua mereka bangkit menjauh. Saadon cepat-cepat menarik Farul dari sisi budak itu kerana tidak seorang pun daripada mereka mengenalinya, apatah lagi apabila mendapati wajah budak itu pucat kekuningan bagai mayat dan terdapat kesan lumpur di tubuhnya. Sepasang matanya kabur tidak bercahaya serta nampak hitam lebam di sekeliling mata.


 


Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Komen