Siri Bijak Belajar: Kaki Tidur Skor A #

0% of 100
RM 11.40 RM12.00 -5%
Kod Produk: #9789672040514
Status: In Stock
Berat: 0.125kg 106 Mukasurat
Stok: 27 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Siri Bijak Belajar: Kaki Tidur Skor A

ISBN: 9789672040514
Penerbit: Blink Trading
Penulis: Ain Maisarah, Azanil Fitri
Tahun Terbitan: 2018
Muka Surat: 106
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.125
Dimensi (cm): 19cm x 13cm x 0.7cm
 
SINOPSIS
 
Siapa tidak kenal Sarah? Pemain terhebat Pasukan Bola Jaring Sekolah Sri Bangsar. Aksinya di gelanggang membuatkan pihak lawan bengang. Lontaran bola tepat masuk gawang buat semua tercengang.

Namun, Sarah hanya hebat di gelanggang. Di dalam kelas, dia umpama puteri beradu. Baru 5 minit belajar, mata sudah kuyu. Lepas 10 minit, berdengkur tidak berlagu. Cikgu cekak pinggang pun dia buat tidak tahu. Sekolah pula beri syarat baru kalau mahu terus jadi wakil sekolah. Membuatkan Sarah makin tidak tentu arah. Bagaimana mahu lulus jika asyik terlelap sahaja? Mujurlah ada tiga sahabat sudi memberi tip dan semangat supaya berubah.


Tip diberi pelbagai rupa… tip menjerit di dalam kelas buat cikgu terperanjat hampir terlentang. Tip pemakanan membuatkan Sarah terkentut-kentut pula. Tip urutan untuk segarkan mata, tetapi Sarah pula yang menjerit kesakitan. Aduhai… kasihan.


Mampukah Sarah berjaya dalam ujian? Mampukah si kaki tidur skor A? Sila baca novel penuh drama ini mengalahkan slot drama dan sinetron.



Komen