#13 Sherlock Holmes: Si Jahat Charles Augustus Milverton, Misteri Enam Napoleon, Tiga Pelajar yang Disyaki & Misteri Kaca Mata Keemasan

100% of 100
RM 9.00 RM10.00 -10%
Kod Produk: #978-967-369-548-5WO
Status: In Stock
Berat: 0.105kg 0 Mukasurat
Stok: 178 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

Tajuk: Sherlock Holmes: Si Jahat Charles Augustus Milverton, Misteri Enam Napoleon, Tiga Pelajar yang Disyaki & Misteri Kaca Mata Keemasan - Edisi Bahasa Melayu
ISBN:  978-967-369-548-5
Penerbit: PTS 
Penulis: oleh Sir Arthur Conan Doyle
terjemahan oleh Rasidah Salleh
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 144
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.10
Dimensi (cm):  18.5 x 11.2 x 1.0



Si Jahat Charles Augustus Milverton


Sherlock Holmes diupah oleh Lady Eva Blackwell untuk mendapatkan semula surat-suratnya daripada Charles Milverton, seorang pemeras ugut yang disifatkan Holmes sebagai orang paling keji di London. Bagaimanapun, urusan tawar-menawar antara mereka tidak berjaya, membuatkan Sherlock Holmes mengambil langkah drastik yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Sanggupkah Sherlock Holmes menjadi penjenayah, semata-mata untuk mematahkan Charles Augustus Milverton, lelaki yang telah banyak memusnahkan kehidupan dalam tangannya?


Misteri Enam Napoleon


Inspektor Lestrade menceritakan kejadian pelik tentang seorang penjenayah yang menceroboh rumah dan kedai untuk memecahkan arca-arca kepala Napoleon. Dia mengesyaki adanya fanatik yang sangat membenci Napoleon. Namun, apabila perbuatan ini mula melibatkan kematian, Sherlock Holmes mula memandang serius kes itu dan ternyata ia bukanlah tindakan rawak seorang monomania!


Tiga Pelajar yang Disyaki


Hilton Soames, pensyarah St Luke’s College datang meminta bantuan Sherlock Holmes untuk mencari orang yang masuk ke biliknya dan membaca pruf kertas peperiksaan penting yang akan berlangsung keesokan hari. Biarpun kes kali ini tidak seberat misteri kecurian atau pembunuhan, namun Sherlock Holmes tetap bersemangat menyelesaikan misteri ini. Terdapat tiga pelajar yang disyaki, siapakah antara mereka yang melakukannya?


Misteri Kaca Mata Keemasan


Seorang pemuda budiman, pembantu kepada seorang profesor tua telah mati dibunuh. Kejadian ini telah memeningkan Inspektor Stanley Hopkins kerana tiada sebarang motif pembunuhan yang dapat ditimbulkan. Sepasang kaca mata letak berwarna emas dijumpai di dalam genggaman si mati. Sherlock Holmes mendapati ia dimiliki oleh seorang perempuan yang sangat rabun, dan mustahil perempuan itu dapat melarikan diri tanpa kaca mata itu setelah melakukan pembunuhan. Kenapa perempuan kurang upaya itu membunuh, dan bagaimana dia melarikan diri?


Keempat-empat kisah ini telah dimuatkan dalam jilid The Return of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1905.


 


Isi kandungan:



Si Jahat Charles Augustus Milverton
Misteri Enam Napoleon
Tiga Pelajar yang Disyaki
Misteri Kaca Mata Keemasan

 


Urutan Novel Sherlock Holmes



Penyiasatan Benang Berdarah
4 Pemburu Harta
Skandal di Bohemia
Misteri Lembah Boscombe
Misteri Delima Biru
Pilu Seorang Bangsawan
Silver Blaze
Ritual Keluarga Musgrave
Jurubahasa Yunani
The Hound of the Baskervilles
Perangkap Rumah Kosong
Penunggang Basikal Solo
Si Jahat Charles Augustus Milverton
Misteri Kehilangan Pemain Ragbi
The Valley of Fear
Pembunuhan di Wisteria Lodge
Pelan Bruce-Partington
Misteri Klien yang Masyhur
Misteri Puntianak Sussex
Misteri Surai Singa
Komen