Perjalanan Agung

0% of 100
RM 23.75 RM25.00 -5%
Kod Produk: #9789830977409
Status: In Stock
Berat: 0.330kg 262 Mukasurat
Stok: 1 unit
× STOK RENDAH! WhatsApp untuk bertanyakan stok jika perlu.
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

​​Tajuk : Perjalanan Agung
ISBN : 9789830977409
Penerbit : Galeri Ilmu
Penulis : Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Muka Surat : 262
Halaman : Hitam Putih
Tahun Terbit : 2019
Format : Softcover
Berat : 0.33 kg
Dimensi (Cm) : 21.5 cm x 14.2 cm x 1.4 cm 


 


SINOPSIS: 


 


Ilmu Sirah adalah ilmu yang mengkaji tentang Nabi Muhammad SAW dan mesti ada sanadnya untuk menjadi sumber rujukan dalam Islam.


Dikatakan salah satu makna ilmu Sirah adalah daripada kata ‘sair’ iaitu ‘perjalanan’. Perjalanan yang dimaksudkan ialah perjalanan Rasulullah SAW yang perlu kita jadikan contoh ikutan agar kita dapat berjalan di jalan yang dijalani oleh Nabi Muhammad SAW.


 


KANDUNGAN



Kepentingan Mempelajari Ilmu Sirah
Hikmah di Sebalik Nama ‘Muhammad’
Nabi yang Terakhir
Nasab Rasulullah SAW
Perjalanan Pertama ke Syam
Hikmah Menggembala Kambing
Pembinaan Kaabah
Perkahwinan dengan Khadijah
Nabi Beruzlah di Gua Hira’
Turunnya Wahyu
Strategi Dakwah Rasulullah
Dakwah Keluarga Terdekat
Tabah Menghadapi Ujian
 Rundingan dan Tawaran Pembesar Quraisy
 Rintangan Dakwah Rasulullah
Pemulauan Ekonomi
Hijrah ke Habsyah
Hukum Berhijrah
Kisah An-Najasyi
30 Utusan dari Habsyah
Peristiwa Israk dan Mikraj
5 Iktibar Israk dan Mikraj

 


Tentang Penulis:


Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dilahirkan pada 12 April 1974 di Jawa Timur, Indonesia. Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami ramai ulama dan terdapat beberapa buah pondok pesantren di situ. Pada usia 21 tahun, beliau pergi ke Hadhramaut, Yaman untuk meneruskan pengajian dan berguru dengan ramai ulama, antaranya: Al-Habib Umar bin Hafidz, Al-Habib Salim asy-Syatiri, Syeikh Umar Husain al-Khatib dan Al-Habib Ali Abdul Rahman al-Jufri.


Selesai pengajian di Hadhramaut, beliau pergi ke Mesir. Di Universiti al-Azhar, beliau berguru dengan ramai ulama, antaranya: Dr. Abdul Badi' Abu Hashim, Dr. Saad Jawish, Dr. Ali Jum‘ah dan Dr. Muhammad Jibril. Seiring dengan belajar, beliau terus mengasah kemahiran berdakwah dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar pelbagai kaum dan bangsa.


Setelah menerima ijazah dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law', beliau meneruskan kembara ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.


 


Berkhidmat sebagai pengajar di Darul Murtadza dan aktif menyampaikan pengajian di surau dan masjid serta rancangan-rancangan ilmu di televisyen. Beliau menerima Anugerah Tokoh Ilmuan 2018 semasa Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil ke-17 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Komen