Penulis yang Disayangi Tuhan

100% of 100
RM 26.60 RM28.00 -5%
Kod Produk: #9789671826096
Status: Sold Out
Berat: 0.391kg 388 Mukasurat
Stok: 0 unit

Sinopsis & Review

Tajuk: Penulis yang Disayangi Tuhan 
ISBN: 9789671826096
Penerbit: Jejak Tarbiah
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 388
Halaman: Hitam Putih 
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.391 kg 
Dimensi (cm):  20 cm x 13.1 cm x 2.5 cm


Novel pertama karya Usamah mendapat sambutan yang hangat sampai kehidupannya bertukar menjadi senang dan mewah. Sehinggalah suatu hari, Joe Penapi-seorang pengkritik terkenal mengkritik novel kedua dan ketiga tulisan Usamah hingga menyebabkan jualan novel tersebut jatuh merudum dan syarikat penerbitnya gulung tikar!


Serta-merta, hidup Usamah jatuh miskin hingga dia terpaksa hidup di kawasan setinggan. Semangat menulisnya juga hilang. Usamah mahu keluar daripada kemelut  kesusahan ini, lalu dia meminta bantuan Johari Salim, seorang penulis legenda.


Namun hendak mendapatkan semula semangat menulis bukannya mudah. Johari Salim menetapkan syarat pada Usamah untuk bertemu dengan lima bekas penulis hebat bagi mengetahui rahsia mereka. Dalam masa yang sama, jiran-jiran Usamah, warga Indonesia tanpa permit, memerlukan bantuannya daripada terus menjadi mangsa peras ugut.


Dapatkah Usamah mengembalikan semangat menulisnya? Apa rahsia yang dikongsikan lima penulis tersebut? Dan bagaimana pula nasib jiran warga Indonesianya itu? 


 

Komen