Najibnomics : Rahmat Atau Malapetaka? #

100% of 100
RM 28.50 RM30.00 -5%
Kod Produk: #9789672007050
Status: Sold Out
Berat: 0.270kg
Stok: 0 unit

Sinopsis & Review
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8”
ISBN-13: 9789672007050
Jumlah Muka Surat: 277
Berat (Kg): 0.27
Penulis: Dzulkefly Ahmad
===========================
 
Penulis cuba membawa anda memahami pemikiran ekonomi disebalik ide-ide besar Najibnomics (NTP, GTP, ETP, EPP, NEM dan lain-lain) untuk melonjakkan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju Berpendapatan Tinggi. Sejauh mana boleh kita berikan pemarkahan dan menganggapnya sebagai Rahmat?
 
Sejauh manakah wujud keserasian idealisme dan cita-cita dengan pengamalan? Atau wujudkah kesenjangan atau jurang (a disconnect) di antara apa yang diucapkan dan apa yang sebenarnya dibuat? Andainya begitu kesudahannya, apakah ia sebenarnya sudah menjadi satu Malapetaka yang bakal memusnahkan negara, mengecewakan rakyat dan berakhir dengan pelbagai kebejatan sosio-politik serta perbalahan dan pertentangan etnik-agama?
 
Bilakah ianya menjadi Rahmat dan bilakah pula ianya berubah menjadi Malapetaka - cuba dihuraikan penulis secara komprehensif dan kritis. Akhirnya anda selaku pembaca, adalah Hakim untuk membuat keputusan sendiri tanpa takut dan paksaan.
Komen