KOMBO: Hamka 2023 - Fiksyen

0% of 100
RM 112.50 RM125.00 -10%
Kod Produk: #kombo-hamka-fiksyen
Status: In Stock
Berat: 0.80kg
Stok: 151 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review






Tajuk : KOMBO: Hamka 2023 - Fiksyen


ISBN : kombo-hamka-fiksyen


 


 


KOMBO: Hamka 2023 - Fiksyen merangkumi lima buah buku iaitu:


 


1. Ayahku - HAMKA (Edisi Kemas Kini) (L160,G5)


 


Menulis riwayat hidup Almarhum Syeikh Abdul Karim Amirullah atau Dr. H.A.K. Amrullah, sama ertinya dengan menulis bagaimana pembangunan agama Islam di Minangkabau, negeri yang dikenali kerana sulitnya lantaran pembangunan agamanya dan kekerasan adatnya.


Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan. -HAMKA


 


2. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - HAMKA (Edisi Kemas Kini) (L139,Y55)


 


Inilah karya HAMKA yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak


muda yang masih bergelora jiwanya.


Inilah juga karya HAMKA yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam


pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama.


Inilah juga karya HAMKA, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan


membuat dada sesak menahan hiba.


Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti 


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.


 


3. Merantau Ke Deli - HAMKA (Edisi Kemas Kini) (L137,G6)


 


Cinta adalah penyatuan dua hati, sehinggalah takdir berkata sebaliknya. Untuk novel ini, HAMKA memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannnya. Pada ketika perempuan setia itu sudah Bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan. 


Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?


 


4. Tuan Direktur - HAMKA (Edisi Kemas Kini) (L142,Y41)


 


Berhasilkah Pak Yasin mempertahankan tanah dan melawan kekuatan Tuan Direktur di saat


kondisi menjadi kacau ketika tuduhan membuat perkumpulan rahsia untuk menggulingkan


pemerintah terbongkar pihak berkuasa? Kekuatan apakah yang dimiliki Pak Yasin sehingga


membuat Tuan Direktur sangat sulit mengalahkan Pak Yasin?


Sebuah mahakarya HAMKA yang padat nasihatnya mengenai manusia kecil yang terdaya


bangun berdiri megah mendongak langit… tidak kekar sehinggakan lupa rumput di bumi.


 


5. Di Bawah Lindungan Ka’bah - HAMKA (Edisi Kemas Kini) (L127,G7)


 


Perasaan cinta mereka tersimpan rapi dalam hati masing-masing dan tidak terungkapkan.


Ketidakberdayaan Hamid dalam mengungkapkan perasaannya semakin memberatkan hati


dan perasaan Hamid ketika Mak Asiah Ibu Zainab meminta dirinya untuk melunakkan hati


Zainab agar mau menikah dengan laki-laki pilihan keluarga. Untuk mengobati luka hatinya


Hamid memutuskan pergi dari Padang ke Mekah.


Sebuah lagi mahakarya HAMKA. Kisah cinta yang tidak terucap, dan masing-masing hanya


menyimpan cinta dalam hati, sehingga akhirnya pada saat mereka tahu itu cinta, mereka sudah terlewat.


 







Komen