Islam Itu Ramah Bukan Marah

100% of 100
RM 16.00 RM20.00 -20%
Kod Produk: #978-967-481-422-9
Status: In Stock
Berat: 0.165kg 142 Mukasurat
Stok: 207 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

Tajuk: Islam Itu Ramah Bukan Marah 
ISBN:978-967-481-422-9
Penerbit: Puteh Press
Penulis: Irfan Amalee
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 142
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.165
Dimensi (cm): 19.4cm x 13.6cm x 0.8cm


 


Sejarah mencatatkan betapa lemah lembut dan sabar Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi umatnya. Pelbagai penghinaan baginda terima, daripada sekadar ucapan yang mengatakan baginda gila, sehinggalah tindakan meletakkan kotoran ketika baginda sedang bersujud. Begitu juga dengan para sahabatnya yang berdakwah dengan akhlak mulia sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka, tidak hairan apabila dakwah Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun memberi kesan yang luar biasa sehingga sekarang.


Di negara yang kita cintai ini, Islam masuk dan berkembang tanpa melalui peperangan. Berdakwah sambil berdagang dan dengan menunjukkan contoh akhlak mulia menjadikan Islam diterima di Nusantara. Tersebarnya Islam dalam kalangan masyarakat pada waktu itu tidak membuatkan para pemerintah berasa terancam. Sejarah tidak pernah menceritakan ada raja di Nusantara yang menghalang dakwah Islam. Bahkan sebahagian besar daripada raja-raja di Nusantara mendahului rakyatnya untuk memeluk Islam. Penyerapan unsur-unsur Islam dengan budaya setempat menjadikan Islam semakin kukuh di negeri ini.


 


Isi kandungan:


Bab 1: Hati yang Sakit, Cenderung Menyakiti


Bab 2: Pengajaran daripada Ayam dan Monyet tentang Pergaduhan


Bab 3: Menjadi Radikal kerana Pemahaman, Menjadi Toleransi kerana Pengalaman


Bab 4: Mandela, Batik, dan Syeikh Yusuf


Bab 5: Teladan daripada Bapa Bangsa Kita


Bab 6: Adakah Kita Masih Memiliki Hilm?


Bab 7: Tindakan yang Sepatutnya Kita Lakukan Apabila Nabi Kita Dihina


Bab 8: Lebih Teliti dengan Maklumat


Bab 9: Unsur Menakut-nakutkan dalam Pendidikan Kita


Bab 10: Adakah Kamu Jenis Penghasut ataupun Penghubung?


Bab 11: Ummatan Wahidatan Made in USA


Bab 12: Memaafkan adalah Pilihan


Bab 13: Lihat yang Positif


Bab 14: Orang yang Tidak Memiliki Kebaikan Akan Mencari-cari Keburukan Orang Lain


Bab 15: Cukup Hanya Satu Azam, Hidup Kita Tahun Depan Akan Berubah


Bab 16: Lima Perkara Mudah yang Mampu Kita Lakukan untuk Palestin


Bab 17: Adakah Sekolah Kita Sudah ‘Beradab’?


Bab 18: Akhirnya Saya Menemui Sekolah yang Saya Cari


Bab 19: Siapa Kata Kita Ada Krisis Teladan?


Bab 20: Sunnah yang Mana Lebih Utama, Janggut ataupun Senyum?


Bab 21: Mutiara Tersembunyi di Sebalik Falsafah Hidup Si Kabayan


Bab 22: Sejauh Manakah Islamnya Kita?


Bab 23: Budaya Udunan dan Trend Crowdfunding


Bab 24: ‘Pahlawan Sampah’ Ziarah ke Mekah


Bab 25: Sejauh Manakah Kepentingan Membaca bagi Kita?


Bab 26: Empat Musuh yang Merampas Kebahagiaan Kita Setiap Hari


Bab 27: Peratus Waktu Kita Habis untuk Memikirkan Diri Sendiri


Bab 28: Selain IQ, EQ, SQ, ada Adversity Quotient (AQ), iaitu Kecerdasan dalam Menghadapi Kesusahan

Komen