40 HADIS SAHIH TENTANG AKIDAH

0% of 100
RM 33.25 RM35.00 -5%
Kod Produk: # 9789830979465
Status: In Stock
Berat: 0.300kg 0 Mukasurat
Stok: 7 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: 40 HADIS SAHIH TENTANG AKIDAH

ISBN:   978-983-097-946-5
Penerbit: Galeri Ilmu

Penulis : Dr. Shamsul Mohd Nor
Tahun Terbitan: 
Muka Surat: 296
Berat (kg): 0.3
Dimensi (cm): 16.5cm x 23.5cm X 1.4cm
 
SINOPSIS

Buku 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap hadis-hadis tersebut adalah berdasarkan kepada dua buah kitab syarah Sahih al-Bukhari, iaitu kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani.


Dalam buku ini penulis turut menghuraikan hadis-hadis tentang akidah yang bersifat Mutasyabihat mengikut pandangan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Ia dikukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan muktabar ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis berkenaan dengan sifat-sifat Allah SWT tersebut.


Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam memahami nas-nas Mutasyabihat adalah untuk menyelamatkan akidah umat daripada penyelewengan serta menyamakan sifat-sifat Tuhan dengan makhluk.


Al-Subki berkata, “Ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy‘ari tidaklah meletakkan asas akidah ini di atas dasar pandangannya, melainkan ia adalah penerusan dan kesinambungan daripada mazhab Salaf dan apa yang difahami daripada Baginda Rasulullah



Komen